Dengan kepadatan penduduk lebih kurang 50 billion di dunia, banyak manusia
dilahirkan setiap hari dan meninggal dunia apabila tua atau kerana
berpenyakit. Bolehkah manusia hidup lama tanpa peryakit? Saintis telah
mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan persoalan ini sejak dahulu. Kini
mereka mendapat suatu idea.

Air beralkali mungkin salah satu jawapan kepada persoalan ini.

Saintis kini percaya punca pengusangan adalah disebabkan oleh permakanan
kita. 99 % kandungan makanan kita setiap hari terdiri daripada karbon,
nitrogen, hydrogen dan oksigen serta hanya 1 % adalah mineral. Mineral
terbahagi kepada 2 jenis iaitu Mineral Alkali dan Mineral Asid.

Mineral Alkali dalam makanan bertukar kepada sisa perkumuhan alkali selepas
penghadaman. Makanan-makanan yang mengandungi banyak kandungan mineral
alkali ialah seperti agar-agar, rumpai laut, halia, cendawan, kacang peas,
bayam dan pisang.

Manakala mineral asid dari makanan pula akan bertukar kepada sisa kumuh asid
antaranya ialah nasi, telur merah, ayam, gandum, daging biri-biri dan daging
lembu.

Bahan sisa yang dihasilkan daripada makanan biasa berasid tinggi dan
merupakan penyumbang utama kepada pelbagai penyakit. Sisa asid dikeluarkan
daripada tubuh manusia dalam bentuk air kencing atau peluh. Tetapi sisa yang
tidak dibuang akan disalurkan ke dalam kapilari darah seterusnya ke dalam
badan. Sisa-sisa ini boleh terkumpul di mana-mana sahaja dalam kapilari
darah dan menyesakan pengaliran darah. Oleh itu, sel di dalam tubuh manusia
kekurangan oksigen dan nutrien daripada darah untuk reproduktif.

Ini menyebabkan manusia menjadi tua. Dengan kapilari darah terhalang, fungsi
setiap organ di tubuh mula merosot kerana terkumpulnya sisa berasid. Dalam
jangka masa yang lama ia akan menyebabkan penyakit serius. Jadi, bilakah
sisa berasid ini mula terkumpul? Saintis percaya bahawa ia bermula apabila
bayi mula makan. Bayi belum lahir hidup dalam rahim mengambil nutrien
daripada ibunya dan nutrien ini beralkali. Secara semulajadi, badan bayi
adalah bersifat alkali kerana mengambil mineral alkali daripada ibunya.
Dengan menyumbangkan banyak mineral alkali kepada bayi, badan ibu menjadi
asidik. Kekurangan mineral alkali ketika ibu mengandung, akan melemahkan
tubuh ibu dan mula kehilangan selera makan. Selagi bayi meminum susu ibunya,
bayi akan mengekalkan kealkalian ke dalam badannya tetapi bertukar asid jika
mula makan bijirin. Keasidan menjadi lebih buruk apabila bayi membesar dan
lebih banyak sisa asid tekumpul dalam badannya kerana makanan kita banyak
berasid.

Dalam kehidupan hari ini manusia dikelilingi oleh air dan udara yang
tercemar. Tekanan hidup juga menyebabkan badan kita menghasilkan sisa
berasid. Mereka juga terdedah kepada pelbagai penyakit akibat kepantasan
proses tua yang disebabkan oleh sisa berasid ini. Adakah terdapat suatu
penyelesaian asas untuk mencegah ketuanan dan penyakit ? Jika punca masalah
adalah sisa asid di dalam badan, maka penyelesaian mestilah cara
menghapuskan sisa-sisa berasid ini. Jadi, untuk meneutralkan makanan
berasid, air alkali adalah jawapannya. Ramai doktor menyarankan diet
vegetarian untuk menghapuskan sisa berasid. Tetapi mereka tidak tahu bahawa
sayuran hanya mengandungi sedikit mineral alkali. Oleh itu, kita perlu
memakan sayuran dalam jumlah yang banyak. Mengambil jumlah air yang banyak
juga adalah salah satu cara meneutralkan sisa asid dalam tubuh.

Di Pusat Kanser Amerika, satu penemuan baru dihasilkan setelah kajian dibuat
dengan mengambil 1000 pesakit untuk meminum 7 gelas air biasa setiap hari.
Kajian mereka menunjukkan bahawa mineral alkali dalam air p.H 7.5
meneutralkan sisa asid dan dengan itu menolong mencegah kanser. Walaupun
sayuran dan air biasa hanya mengandungi sedikit mineral alkali tetapi kesan
tindakbalas adalah menabjukkan.

Oleh itu, sejauh manakah air beralkali berkesan jika ia mengandungi banyak
mineral beralkali. Air sumber asas kehidupan mengandungi dua bahagian,
hidrogen dan oksigen. Air beralkali adalah air yang mengandungi banyak
oksigen jika dibandingkan dengan hidrogen.

Dengan meminum air beralkali secara langsung akan menambahkan oksigen dalam
badan jika dibandingkan dengan air biasa. Kelebihan air ini bukan saja mudah
diserap oleh badan, juga dapat meneutralkan sisa asid dan melarutkannya di
dalam saluran darah. Sisa asid ini dengan mudah diperah keluar daripada
badan dalam bentuk air kencing atau peluh. Oleh itu, air beralkali bolehlah
dikatakan sebagai penawar kepada penyakit.

Banyak penyakit disebabkan oleh sisa asid dalam badan terkumpul di dalam
organ tubuh manusia. Oleh itu, kesihatan akan mula merosot. Terdapat tiga
cara penyakit boleh berpunca dari sisa asid. Pertama disebabkan oleh
pembekuan sisa asid di dalam tubuh, kedua pembekuan sisa asid yang memberi
kesan kepada bahagian penyambungan tulang dan organ yang boleh menyebabkan
pertambahan kolestrol, penyakit buah pinggang, osteoporosis dan ghout.
Ketiga ialah penyesakkan kapilari darah disebabkan pembekuan sisa asid
menyebabkan sebahagian besar organ dalam tubuh terhalang daripada mendapat
darah dan nutrien yang mencukupi. Ini akan menyebabkan kencing manis, sakit
buah pinggang, tekanan mental, kanser dan pelbagai penyakit lagi. Sel yang
normal dalam tubuh manusia merosot akibat sisa asid berkumpul.

Kanser adalah salah satu penyakit utama di dunia. Genetik sel kanser akan
bertransformasi dan terus mengumumkan dirinya untuk terus wujud dalam
keadaan berasid. Ada dua teori asas kanser. Pertama ialah Oxygen Deficlency
Theory oleh ahli Biokimia Jerman Dr. Warback dan yang kedua pula oleh doktor
dari Jepun iaitu Dr. Aiarashi.

Dr. Warback yang menegaskan bahawa jika oksigen dikeluarkan daripada sel
sihat, sel berkenaan akan menjadi kanser. Dr. Warback memenangi hadiah Nobel
setelah mengemukakan teori ini berdasarkan eksperimennya.

Dr. Airashi pula berkata bahawa sel sihat biasa tidak giat dan mati di
kawasan sisa asid terkumpul tapi sesetengah kes, sel ini tidak mati dan
berkembang menjadi sel barah.

Walaupun sesetengah sel kanser dapat dihapuskan melalui pembedahan tetapi ia
akan wujud semula disebabkan persekitaran yang masih berasid walau selepas
pembedahan. Dalam masa yang sama sel manusia cuba memperbaiki keadaan ini
dan bertukar menjadi sel barah. Jadi, kita mesti berhenti mengumpul sisa
asid dengan meminum air beralkali setiap hari.

Apabila sisa asid berkumpul di dalam pankreas ia boleh menyebabkan penyakit
kencing manis kerana kekurangan insulin dalam badan. Dan ini merosotkan
fungsi pankreas. Doktor mendapat bahawa tanda-tanda kencing manis mula
muncul apabila manusia berumur 40 tahun ke atas sungguhpun tiada tanda-tanda
ini ketika berusia 20an. Bagaimana terjadi demikian? Secara umumnya jumlah
sisa asid yang terkumpul di dalam pankreas pada umur empat puluhan adalah
lebih banyak berbanding ketika dua puluhan. Walaupun begitu kita boleh
mengurangkan risiko diabetes jika kita membuangkan sisa asid daripada tubuh
kita semasa muda dengan meminum air beralkali. Banyak penyakit boleh
dihindarkan dengan cara yang sama.

Terdapat dua punca untuk penyakit Hypertension. Punca pertama disebabkan
kapilari darah tersekat akibat dari faktor fizikal iaitu penyempitan saluran
darah oleh sisa asid. Maka tekanan darah akan naik tinggi untuk membekalkan
kuantiti darah yang banyak melalui saluran darah yang sempit. Sebab lain
ialah kekurangan oksigen di dalam darah kerana diguna semasa tindakbalas
kimia iaitu proses pembekuan sisa asid di dalam salur darah.

Hyportension terjadi disebabkan kemerosotan keupayaan jantung mempam darah
kerana kekurangan ion kalsium disebabkan oleh sisa asid. Pesakit
Hyportension boleh kembali ke sedia kala dengan meminum air alkali. Ini
kerana ion kalsium dalam air ini boleh disalurkan terus untuk mencergaskan
jantung atau meransang aktiviti ion kalsium.

Salah satu fungsi terbesar air alkali ialah menulenkan sisa buangan dalam
badan. Pengumpulan sisa buangan melebihi dalam buah pinggang akan
menyebabkan kerosakan buah pinggang. Apabila sel ini hidup dalam keasidan ia
menyebab buah pinggang berkembang. Ini menjejaskan fungsi normalnya dan
mengakibatkan penyakit buah pinggang. Untuk memastikan tubuh badan berfungsi
dengan baik, sel-sel yang mati harus dihasil semula. Jika darah kita
mengadungi sisa bersasid yang tinggi, sel kita akan dikumpal oleh sisa ini
dan mudah menghasilkan batu dalam buah pinggang.

Osteoporosis dan Ghout.

Tulang manusia adalah tempat simpanan kalsium dalam tubuh. Tulang
menyumbangkan semua kalsium yang diperlukan di dalam badan. Kombinasi
kalsium dan fosforus akan menyihatkan tulang jika kedua-duan unsur ini
mencukupi. Untuk meneutralkan kuantiti sisa buangan yang banyak ini tubuh
manusia mula mengambil kalsium daripada tulang dimana ia boleh menyebabkan
tubuh dalam keadaan berbahaya dan senang tercedera. Simpton-simpton kalsium
kurang dalam badan tidak dapat dibuktikan melalui pemeriksaan x-ray dan
hanya dapat dilhat apabila 30 % hingga 40 % kalsium dalam tulang hilang.

Ghout juga berlaku apabila sisa asid terkumpul dalam kapilari darah tangan
dan kaki. Umumnya ghout menyerang sendi jari kaki, sendi lutut dan sendi
jari tangan dan akan sakit bila bergerak. Meminum air alkali boleh
mengurangkan risiko ghout.

Dalam satu seminar berhubung dengan air, kesihatan dan penyakit Dr. Choi
seorang pakar perubatan di Seoul National Medical Universiti menyakinkan
keberkesanan air beralkali ini. Salam tinjauan 15 pesakit iaitu 10 lelaki
dan 5 perempuan yang mengalami sembelit melebihi setahun.

Hasil dipeolehi mendapati simpton sembelit semakin berkurangan dengan
meminum air alkali dalam jangkamasa dua minggu. Dua belas daripada mereka
sembuh sepenuhnya dalam jangka masa berkenaan. Jadi Dr. Choi membuat
kesimpulan bahawa selepas meminum air alkali semua pesakit mengalami
perubahan yang baik dan rasa lebih cergas.

Ini benar kerana ia melincirkan sisa buangan yang tersorok pada dinding tali
perut besar dan menolong mengumumkan dengan mudah. Jika perjalanan darah
tidak lancar di dalam tali perut besar (disebabkan banyak sisa buangan
berasid), bahan pelincir akan kekurangan dengan demikian sembelit berlaku.

Apabila kita menghadapi tekanan, tubuh kita akan menghasilkan banyak sisa
asid. Tekanan Fizikal boleh dihilangkan dengan berehat. Kini, manusia tidak
mempunyai masa yang cukup untuk menghilangkan tekanan, dalam jangka masa
panjang tekanan akan menyebabkan sakit kepala, sakit mental, panas baran dan
ketakseimbangan hormon.

Ada dua jenis tekanan; pertama yang disebabkan oleh aktiviti fizikal dan
yang kedua yang disebabkan oleh tekanan mental. Mabuk yang disebabkan oleh
pengambilan alkohol akan menyebabkan dahaga dan sakit kepala kerana alkohol
tidak dapat diserap ke dalam hati. Ini akan menjadi bahaya kepada kesihatan
kita. Jika kita mengambil air beralkali yang bermineral alkali kita akan
merasa lega terutamanya selepas mabuk alkohol kerana air beralkali
meneutralkan sisa asid alkohol dalam darah kita. Ia menunjukkan bahawa air
beralkali bukan sahaja merendahkan tahap alkohol dalam darah malah menolong
badan menjadi lebih beralkali.

Tanda-tanda penyakit banyak berpunca dari sisa berasid. Selepas proses
pencernaan, makanan yang tidak dapat diserap oleh tubuh bertukar menjadi
sisa buangan berasid. Sisa buangan ini jika tidak dikumuhkan akan
meninggikan proses ketuaan kita.

Permulaan sesuatu penyakit adalah kerana pengumpulan sisa buangan berasid di
badan menyebabkan pengitaran darah lemah dan pemerosotan organ yang
disebabkan oleh kekurangan oksigen dan nutrien dalam darah. Semua ini punca
penyakit. Kunci kepada kesihatan adalah air beralkali yang dapat
meneutralkan sisa berasid dan membuangkannya melalui perkumuhan badan.

Secara amnya air beralkali digunakan untuk mengelakkan penyakit seperti
barah, hypotension, hypertension, kencing manis, sakit buah pinggang, ghout,
cirit birit, sembelit, kegemukkan yang melampau, sakit kepala, sakit kulit,
kulit sensitif dan asma. Penyakit-penyakit ini semua disebabkan oleh sisa
asid.

Seperti yang kita tahu sel yang sihat bersifat alkali dan sel barah pula
adalah bersifat asid. Kealkalian saja yang dapat meneutralkan sisa asid.

Berdasarkan prinsip di atas para saintis telah menemui rahsia kepada misteri
kehidupan.

Dan rahsia itu ialah meminum AIR BERALKALI

Air yang misteri -- AIR BERALKALI bukan sahaja mencegah pelbagai penyakit
tetapi juga melambatkan proses tua dengan meneutralkan sistem tubuh kita.

Jadi, mikmatilah rahsia hidup yang panjang.

MINUM SAJA AIR BERALKALI !