Sistem penapisan air antioksidan beralkali BIOCERA diperakui secara rasmi oleh US Food and Drug Administration (USFDA) dan The Water Quality Association (WQA). Sistem penapisan ini juga merupakan sistem penapisan air yang pertama di dunia menerima pengiktirafan daripada The Korean Food and Drug Administration (KFDA) sebagai alat medikal yang membekalkan air beralkali (nilai pH 8.5-9.5) serta kaya dengan antioksidan. Ditambah lagi dengan gugusan airnya yang lebih kecil((51.497Hz) daripada air biasa, air ini membantu menghidrat sel-sel dengan lebih berkesan.
Copyright ©  biocera-malaysia.com All Rights Reserved.
Malaysia, Indonesia, Singapore and Brunei
DAPATKAN SEKARANG DENGAN PROMOSI TERKINI!!!!!       JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA.
Fakta Air

Air sebenarnya khasiat nombor satu untuk badan. Air sangat penting untuk kehidupan.
70% badan kita adalah air dan ianya diperlukan untuk semua fungsi sel badan.

Kajian menunjukkan 75% rakyat Amerika mempunyai tahap kekurangan air yang kronik dan hampir keseluruhan populasi mempunyai bahan kimia toksik dalam lemak badan disebabkan oleh pengambilan air paip. 53 juta penduduk Amerika minum air yang mempunyai tahap kimia merbahaya yang tinggi - bahan kimia berasaskan chloro- dan fluoro-, plumbum, bakteria najis, racun perosak dan lain - lain yang selalu dikaitkan dengan kanser dan kegagalan fungsi metabolik badan.
Bagi 37% penduduk Amerika Syarikat, mekanisma haus adalah sangat lemah sehingga ianya kerap disalahtafsir sebagai lapar.
Kajian oleh University of Washinton menunjukkan segelas air mampu menghilangkan rasa lapar untuk 98% responden ujian - membuktikan salahtafsir mekanisma haus sebagai lapar.

Punca utama keletihan di siang hari adalah berpunca dari kekurangan air.
Kajian menunjukkan 8 dari setiap 10 orang boleh mengurangkan sakit tulang belakang dan sendi dengan mengambil 8 hingga 10 gelas air sehari.
Kita boleh menghadapi keadaan seperti hilang keupayaan ingatan jangka pendek, tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah matematik yang mudah, dan hilang daya tumpu pada skrin komputer atau kertas, sekiranya badan kita kekurangan 2% air.
Minum 5 gelas air setiap hari mampu mengurangkan risiko kanser kolon sebanyak 45%, kanser payudara sebanyak 79%, dan kanser pundi kencing sebanyak 50%.
Bahan lain yang terkandung dalam air paip kita

Tahukah anda, sebenarnya selain daripada air, air paip juga mengandungi berpuluh-puluh bendasing yang merbahaya yang kita dapat lihat dengan menggunakan mata kasar kita. Contohnya: bacteria, sista (parasit), virus, asbestos, kekeruhan, pepejal larut penuh (TDS), logam berat, logam radioaktif, dioksin, racun herba, racun serangga, klorin, trihalometana, pyrogen, bahan-bahan penyebab kanser dan lain-lain sebagainya.

Bendasing-bendasing yang hadir dalam air paip mungkin akan menyebabkan kita menghidap pelbagai penyakit misalnya penyakit ginjal, kegemukan, penyakit saluran darah kanser, tekanan darah tinggi, tumor, uremia, kencing manis, barah cika, sakit kepala, penyakit sistem penghadaman, melahirkan bayi yang kecacatan anggota, kalkulus dan sebagainya.
Klorin – kelihatan berwarna kuning hijau serta mempunyai bau yang senggit. Kegunaan utamanya ialah membasmi kuman dan racun.

Sebenarnya manusia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan bahan kimia ini – “klorin”. Hal ini kerana hampir setiap hari, manusia akan terdedah kepada bahan kimia ini tanpa menyedar diri, lama-kelamaan klorin sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia. Contohnya selama ini negara kita menggunakan klorin untuk membasmi kuman dalam air minuman kita serta air kolam berenang.

Klorin sebenarnya tidak merbahayakan badan kita tetapi apabila klorin dilarutkan dalam air, kesan hasil sampingannya adalah sangat menakutkan. Hal ini dapat dibuktikan melalui suatu kajian yang dibuat dengan menggunakan haiwan, kesimpulan kajian ini menunjukkan  bahawa hasil sampingan ini mempunyai 700 lebih bahan yang boleh menyebabkan kanser. Hal ini telah menyedarkan masyarakat dunia dan semakin memandang berat terhadap perkara ini.

Hal ini tidak boleh dipandang rendah lagi kerana kitalah orang yang setiap hari menggunakan air untuk memandi, masak, minum dan lain-lain. Ini secara langsung telah mendedahkan kita kepada “malaikat maut” setiap hari kerana kita mempunyai risiko yang tinggi menghadapi kanser.

Dengan adanya BioCERA air dapat dipulihkan dengan sempurna, masalah ini telah dapat diatasi dengan mudah dan kita berpeluang minum air yang bebas daripada menghadapi kanser
UTAMA
BiOCERA
Jug Penapis Air Beralkali
BiOCERA ALKALINE ANTIOXIDANT
SELAMAT DIGUNAKAN